Sunday, January 29, 2017

TIPS LUKA BERSALIN CAESAR CEPAT SEMBUH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Hari ni Wanie nak share tentang TIPS LUKA BERSALIN CAESAR CEPAT SEMBUH dan mengelakkan sebarang jangkitan atau terbuka jahitan. Ngeriii sangatt bile terpikir jahitan tu terbukaaa. Arghhhh. Sakittt kot πŸ™‚
bsalin-czer
Pengalaman sendiri, bersalin anak sulung, Wanie kena Emergency Caesar sebab Cord Prolapse (bahasa melayu die tali pusat keluar dulu dari kepala baby, so takut baby lemas sebab tu kene emergency caesar).
Tak semua orang tahu cara jaga luka caesar ni macam mana. So kat sini Wanie share beberapa tips untuk yang ibu ibu bersalin caesar. Semoga memberi manfaat kepada yang memerlukan πŸ™‚
  1. PASTIKAN LUKA SENTIASA KERING
    Selepas mandi, pastikan luka di lap sehingga kering dengan kain yang lembut, bukannya tisu. Gunakan ‘hair dryer’ jika perlu.Korang mesti pastikan kawasan luka sentiasa kering dari peluh tau. Kalau korang jenis yang kuat berpeluh ‘on’ la kipas ye. Kalau ada ‘aircond’ boleh je ‘on’ aircond tu. Bila kawasan luka tu lembap akan menyebabkan jangkitan kuman. So untuk ibu yang bersalin caesar part ni paling penting, jangan ambil mudah tentang kebersihan di kawasan luka tu. Silap-silap nanti jahitan boleh terbuka dan kena jahit semula. Kalau tak nak kena jaga kebersihan kawasan luka betul-betul ya πŸ™‚

  2. ELAKKAN MENYAPU SEBARANG UBAT TRADISIONAL PADA KAWASAN LUKAPlease keep in mind ya! Jangan nak sapu apa-apa krim atau ubat pada 10 hari pertama bersalin. Sebelum discharge doktor/nurse memang da pesan siap-siap pasal ni. Jangan nak memandai okay! Minyak gamat atau minyak traditional atau krim krim ni dikhuatiri akan melambatkan percantuman kulit di bahagian luka. Kalau luka dah bercantum, barulah korang boleh guna sebarang ubat sapu. Itu pun kalau boleh dapatkan nasihat dari doktor dulu k. Wanie aritu tak da sapu ubat apa apa pun.

  3. ELAKKAN GUNA SABUNUntuk minggu pertama dan kedua bersalin tu, dinasihatkan supaya mengelakkan penggunaan sabun semasa mandi. Kalau nk sabun bahagian lain tu boleh. Tapi elakkan sabun bahagian luka tu ye. Jangan g tonyoh dengan sabun antibakteria pulak. Sebab doktor cakap jaga kebersihan kan. Hihi. NO NO NO. Kalau nak cuci guna air je keh.

  4. ELAKKAN AKTIVITI LASAKUntuk seminggu yang pertama elakkan melakukan aktiviti lasak ye. Walaupun korang ni polis ke askar ke yang dah biasa lasak lasak ni, untuk tempoh seminggu pertama tu mohon la jadi perempuan terpaling sopan ye sayang sayang semua. Elakkan aktiviti yang memberi tekanan pada luka. Kalau korang nak tau, nak batuk atau bersin pun kena sopan tau. Uhuk uhuk camtu je batuknya. Minta bantuan keluarga untuk melakukan aktiviti harian. Time camni je la boleh bermanja kan. Takda sapa nak marah time neh πŸ™‚

  5. ELAKKAN MENGAMBIL UBAT TRADISIONAL SEMBARANGANPlease ye korang, dapatkan nasihat doktor dulu sebelum nak ambil ubat ubat tradisionalseperti  akar kayu atau jamu ni. Bukan ape, tak semua  ubat ubat tu sesuai diambil oleh ibu yang bersalin secara caesar ni.

  6. SUSUKAN BABY SECARA EKSKLUSIF
    Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan dari jururawat dari hari pertama bersalin, bagaimana posisi menyusukan anak yang sesuai tanpa menjejaskan luka. Sekarang pun ade jual bantal yang boleh letak kat pinggang tu kan. So boleh letak baby atas bantal tu masa proses penyusuan.
    bantal
  7. AMBIL MAKANAN YANG KAYA DENGAN ZAT BESI, MULTIVITAMIN DAN ZINC
    Zat besi penting kerana semasa proses bersalin kita dah banyak kehilangan darah. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan ibu berasa cepat penat, pucat dan mudah pitam. Multivitamin pula untuk membekalkan nutrisi dan zat penting pada tubuh, manakala zinc membantu menyembuhkan luka dengan cepat.
    Tapi kite susah nak dapatkan kuantiti yang diperlukan oleh tubuh dari gaya pemakanan dan diet harian kite. So Wanie cadangkan korang ambil lah SUPPLEMENT untun mencukupkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.
  8. PENGAMBILAN SUPPLEMENT SHAKLEEAntara supplement terbaik yang diuji dan terbukti secara klinikal. Ibu bersalin caesar boleh cuba amalkan VIVIX dari SHAKLEE. Vivix ni ALL IN ONE.
     – BOLEH SEMBUHKAN LUKA DENGAN CEPAT
    – BOLEH MENCANTIKKAN KULIT
    – SEBAGAI MILKBOOSTER
    – BERTENAGA
    – BOLEH BANTU TURUNKAN BERAT BADAN

    Banyak kan manfaat yang bakal korang dapat. Kebetulan bulan JANUARI ni PROMOSI VIVIX. So jangan lepaskan peluang untuk grab VIVIX ni. HARGA JIMAT DAN BERBALOI BALOIII
    Untuk order, boleh WHATSAPP 011-3314 7296. InsyaAllah saya menjanjikan the best of price and also full consultation as well. πŸ™‚

    WANIE NAZERI
    011 3314 7296
    Your Trusted Shaklee Distributor
    facebook-icon-preview-1 Wanie Nazeri
    instagram   Wnr.Healthcare

No comments:

Post a Comment

LinkWithin